This blog is all about mystery, paranormal, sighting, ghost, interesting discovery, history and so much more. Written in Malay and English, I've been targeting and dedicating this blog to everybody who has the ability to digest the content and open his or her mind to all possibilities. Many of the topics presented might seems illogical and unscientific to be precise. Remember, science is based on logic and logic is acquired by mankind from his limited knowledge and experiences. Holding the premise that logic could help us to survive, it could also lead our life astray. The thing is, logic is pure in its own right but the only problem we have now with logic is, we don't have suffice knowledge to distinguish between what is logic and what is not. Remember, the idea of airplane seems irrational and illogical in 6th century but now, you know it's highly logical and rational.

So... Please Open Your Mind....

Thursday, May 22, 2008

Boriska - Budak Dari Marikh

Artikel ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Boriska yang mengakui bahawa dirinya berasal dari Marikh. Namun dia dilahirkan dibumi dan baru berusia 7 tahun. Pendapat mengatakan bahawa mungkin pada kehidupan yang lalu (past life) Boriska mungkin benar-benar penduduk dari Marikh dan ia diakui sendiri oleh Boriska yang berusia 7 tahun itu.

Keistimewaan Boriska diketahui apabila dia yang menyertai satu ekspedisi telah menceritakan tentang Marikh, angkasa lepas, tamadun Lemuria dan lain-lain kepada anggota ekspedisi yang lain di malam hari ketika mereka semua sedang berehat di perkhemahan mereka. Sekumpulan anggota ekspedisi yang berasa teruja dengan keistimewaan Boriska telah melawat rumahnya untuk menemubual ibubapa Boriska dan Boriska sendiri.

Ketika ditemubual, Boriska mampu menceritakan pelbagai kisah yang menakjubkan seolah-olah dia sendiri mengalami peristiwa yang diceritakannya. Boriska menceritakan bagaimana Marikh mempunyai penduduk yang mempunyai tamadun yang maju suatu masa dulu. Oleh kerana Marikh ditimpa suatu bencana, semua penduduknya kini tinggal di bawah tanah (underground). Dia juga menceritakan bahawa ketika di Marikh, dia selalalu melawat ke bumi untuk tujuan perdagangan, penyelidikan dan juga untuk bertemu dengan kawannya, seseorang dari tamadun Lemuria.

Tamadun Lemuria adalah tamadun purba yang dipercayai mempunyai peradaban yang sangat maju. Apa yang menakjubkan ialah Boriska mampu menceritakan perihal tamadun Lemuria dengan terperinci yang mana ia tidak mampu dilakukan oleh para pakar dan saintis. Bukan itu sahaja, kewujudan tamadun Lemuria pun sehingga kini masih belum dapat disahihkan sepenuhnya oleh mereka. Ternyatalah, pemikiran Boriska mampu menandingi pemikiran para pakar dan saintis. Boriska mengatakan orang-orang Lemuria mempunyai ketinggian sebanyak 9meter. Kemusnahan tamadun Lemuria juga dikatakan disebabkan oleh penduduknya yang sudah tidak mementingkan aspek spiritualiti (kerohanian) mereka.


Ketika bercerita mengenai tamadun Lemuria, Boriska memberitahu bahawa dia mempunyai seorang rakan di sana dan rakannya terbunuh di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, satu bencana telah melanda bumi. Satu benua yang besar telah tenggelam akibat bencana itu. Dalam pada itu, satu batu besar telah jatuh dan mengenai satu bangunan. Akibat dari itu, rakannya telah terbunuh. Boriska mengatakan dia tidak dapat menyelamatkan rakannya. Apa yang menakjubkan ialah Boriska menceritakan segala peristiwa itu seolah-olah ianya baru berlaku semalam.


Memang susah jika kita mahu mengatakan bahawa Boriska yang berusia baru 7 tahun itu hanya mereka-reka cerita. Banyak lagi yang diceritakan oleh Boriska. Bahan dan alat yang digunakan untuk membuat UFO, kehidupan di Marikh, tamadun Lemuria dan sebagainya.

Artikel ini hanyalah sekadar rumusan. Banyak lagi fakta menarik yang diceritakan sekiranya and membaca sendiri artikel yang asal. Ia boleh didapati di:






Project Camelot Menemubual Boriska


Attunement Reiki Percuma!

Adakah anda ingin belajar reiki tetapi tidak mampu membayar kerana yuran yang tinggi? Saya juga seperti anda. Tetapi kini saya sudah pun berjaya mendapatkan 'attunement' reiki hingga ke peringkat Master. Jika anda fikir bahawa saya membayar untuk 'attunement' tersebut nampaknya anda telah silap. Ini kerana saya mendapatkannya dengan PERCUMA saja!Jika anda ingin belajar reiki secara percuma, anda bernasib baik kerana Stefan Kammerhofer, seorang pengamal reiki bermurah hati untuk memberikan attunement reiki iaitu Kundalini reiki, Gold reiki dan lain-lain sehingga ke peringkat tinggi secara percuma dari jarak jauh (distant attunement).
Ingin maklumat yang lebih lanjut?
Sila ke website beliau: Xehupatl.com
#Sila baca posting saya mengenai Reiki jika anda ingin mengetahui tentang teknik penyembuhan ini.

Wednesday, May 21, 2008


Dalam dunia penyembuhan alternatif, nama REIKI sudah tidak asing lagi. Namun bagi mereka yang belum mengetahui tentang apa itu reiki, sekarang anda diberi kesempatan untuk berkenalan dengan teknik yang hebat ini. Apa yang menarik tentang reiki ini antaranya ialah anda tidak perlu menyentuh seseorang untuk menyembuhkannya. Ini kerana, aliran tenaga kosmik yang dipancarkan dari kedua telapak tangan pengamal reiki mampu merawat seseorang dari jarak jauh.


Artikel di bawah yang dipetik dari Energisemesta.com menceritakan tentang apa itu reiki dengan agak mendalam:


APAKAH ITU REIKI?


Reiki, adalah bahasa Jepun (disebut“RAY-key”) bererti energi kehidupan alam semesta, atau energi Ilahi, dan dipercaya sistem penyembuhan ini awalnya berasal dari Tibet. Dikatakan bahwa praktek penyembuhan ini berasal dari naskah-naskah kuno ribuan tahun yang lalu. Naskah kuno yang diketahui telah berusia lebih dari 5,000 tahun. Reiki bukanlah agama atau segala hal yang berhubungan dengan itu. Seni penyembuhan terdapat hampir disemua kebudayaan dan tradisi diseluruh dunia. Reiki adalah kesatuan dari semua konsep tersebut, yang sekarang telah dapat diterima diseluruh dunia. Reiki mengajarkan kesatuan dan keharmonisan. Reiki adalah keharmonisan dengan alam dan dapat digunakan untuk membantu penyembuhan manusia, tumbuhan, dan binatang, dan dapat juga membantu kemurnian dan keharmonisan air dan udara. Reiki diperkenalkan pada awal abad 20 di Jepun. Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement. (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti ‘menerima energi). Sekarang telah dipelajari jutaan orang diseluruh dunia.


Dr. Mikao Usui


Reiki ditemukan oleh Mikao Usui setelah beliau melakukan perjalanan spiritual yang cukup panjang dan melakukan meditasi di Gunung Kurama selama 21 hari. Pada hari-hari terakhir beliau bermeditasi, beliau dianugrahi Satori (pencerahan spiritual) dan kemampuan untuk menyembuhkan diri sendiri dan orang lain. Sebenarnya pada awal system ‘Reiki’ ditemukan, Sensei Usui tidak menamakannya dengan istilah “Reiki”, beliau menyebutnya dengan istilah “Metode Untuk Mencapai Manusia Sempurna”, sedangkan murid-muridnya menyebut system ini dengan istilah “Usui Do” atau “Usui Teate”.


Istilah “Reiki” sendiri sebenarnya pertamakali digunakan oleh beberapa orang murid Sensei Usui yang hanya mempelajari sebagian aspek yang diajarkan oleh Sensei Usui (sepeninggal Usui wafat, mereka membentuk perkumpulan Usui Reiki Ryoho Gakkai ). Untuk lebih mudahnya, istilah Reiki selanjutnya kita ertikan sebagai seni olah spiritual yang didalamnya terdapat sebuah system penyembuhan yang sangat sederhana dengan penyaluran energi kehidupan/energi alam semesta yang diterapkan dengan azas pemasrahan diri pada kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.


Para Tibetan Buddhis sendiri mempunyai sistem penyembuhan yang biasa mereka gunakan seperti energi penyembuhan dari Buddha Obat atau Baishajaraja. Teknik ini sama seperti Reiki. Reiki diajarkan secara terus menerus dari seorang guru atau master kepada muridnya. Berbagai kebudayaan dan tradisi yang terdapat dalam masyarakat pada hakikatnya adalah metode Reiki itu sendiri seperti ilmu pengobatan dari Tibet. Teknik Penyembuhan Reiki adalah sebuah bentuk penyembuhan yang “Tidak Konfrontatif” meringankan berbagai masalah dan trauma yang berbeda dengan cara yang sangat lembut.


Karena sifatnya yang universal, Reiki dapat dipelajari oleh siapapun, tanpa memandang agama, keyakinan, usia, maupun tingkat spiritual seseorang . Semua yang anda perlukan adalah niat yang tulus untuk menyembuhkan dan disembuhkan. Salah satu keunikan seni penyembuhan Reiki adalah, Reiki berkerja disetiap tingkat penyembuhan dalam diri seseorang yang meliputi tubuh fisik, emosi, mental dan spiritual. Dengan kata lain Reiki menciptakan kesembuhan secara menyeluruh (holistic).


Selain itu Reiki juga mempunyai kecerdasan tersendiri, dimana energi Reiki akan bekerja sesuai dengan keperluan tanpa harus diarahkan dengan usaha yang keras seperti dengan menggunakan tehnik lain/aliran lain yang boleh menguras energi penyembuh/praktisi. Energi Reiki juga dapat dikirimkan dari kejauhan dan bahkan melintasi ruang waktu dan tempat (antar negara & benua).


Apakah itu attunement?


Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan energi siswa dengan energi Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Reiki Master dari dunia barat, sedangkan bentuk asli dari attunement adalah “Reiju”. Reiju diberikan oleh Sensei Usui kepada murid-muridnya yang berfungsi sebagai pemberian attunement (penyelarasan) dan empowerment (penguatan) energi Reiki yang telah diterima. Attunement hanya boleh dilakukan oleh seorang Reiki Master yang berhak dan mampu. Kemampuan seorang Master Reiki untuk melakukan sesuatu proses Attunement adalah didapatkan dari Master Reiki sebelumnya, dengan suatu proses yang sama. Oleh karena itu dapat dikatakan bahwa Attunement/Reiju merupakan sesuatu yang bersifat turun-temurun dari suatu generasi Reiki ke generasi berikutnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat silsilah keilmuan Reiki (linegae) yang akan berpusat ke Usui.


Setelah anda di-attunement/di-reiju oleh Master Reiki, maka anda telah terhubung dan terselaraskan dengan sumber energi Reiki, sehingga anda dapat mengakses dan menyalurkan energi Reiki baik kepada sendiri maupun ke objek lain. Proses attunement juga bererti cara Reiki untuk “menghubungkan kembali” dan “menyelaraskan” manusia sebagai mikrokosmos dengan alam semesta jagad raya sebagai makrokosmos.


Attunement Reiki juga bersifat menyelaraskan sekaligus membersihkan badan eterik secara menyeluruh. Oleh karena itu seringkali terjadi beberapa peserta pelatihan Reiki secara “mendadak” terbangkit pula kemampuan psikisnya. Kasus yang sering terjadi adalah munculnya kemampuan : Clairvoyance, atau Clairaudience dari para peserta pelatihan Reiki-Ho.


Silakan ke http://energisemesta.com/?p=10 untuk mengetahui kelebihan dan faedah reiki dengan lebih lanjut.

Teori Baru Bumi


Mungkin selama ini kita disajikan dengan teori di mana kita di ajar bahawa bumi mempunyai beberapa lapisan yang terdiri dari tiga lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi. Namun, tahukah anda bahawa teori atau idea ini mungkin SATU KESILAPAN? Sekiranya memang benar idea tersebut salah, jadi bagaimana keadaan perut bumi yang sebenarnya??

Menurut pendapat yang lain, memang benar bumi mempunyai lapisan, tetapi tidak memenuhi isi bumi. Dengan kata lain, bumi sebenarya mempunyai ruang kosong (hollow) di dalamnya dan berada di tengah-tengah bumi adalah matahari. Berikut adalah gambarannya:




Di bawah kita semua iaitu di dalam bumi ini juga dipercayai terdapat hidupan yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Mengenai jenis hidupan ini, ramai yang memberikan pendapat yang berbeza. Menurut catatan mereka yang pernah secara tidak sengaja sampai ke tempat tersebut (dunia bawah bumi/inner earth), mereka ada yang terdiri dari makhluk yang kerdil. Selain itu, dipercayai juga bahawa UFO juga berpangkalan di bawah bumi. Mungkin ia adalah kenderaan bagi manusia bawah bumi. Dengan keupayaan teknologi mereka yang dikatakan 2000 tahun kehadapan dari kita yang berada di atas bumi, tidak mustahil bagi mereka untuk menghasilkan teknologi UFO.

Jalan masuk ke dunia bawah bumi ini dikatakan terdapat di kutub utara dan kutub selatan dan satelit berjaya mengesan lokasi tersebut. Malahan, fenomena alam seperti aurora (cahaya bewarna-warni yang ‘bermain-main dilangit di malam hari) yang hanya berlaku di kawasan berdekatan dengan kutub utara dan selatan juga dikatakan bukan berpunca dari cahaya matahari, tetapi sebenarnya berpunca dari cahaya matahari bawah bumi yang melalui pembukaan laluan ke dunia bawah bumi. Maksudnya, sumber cahaya aurora itu bukan datang dari matahari atas (di angkasa), tetapi matahari bawah (bawah bumi).

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, taip saja “hollow earth” di enjin carian internet.


*Baca kisah Olaf Jansen mengenai pengalamannya di dunia bawah bumi:smokygod.blogspot.com

Perang Nuklear Zaman Kuno


DUA epik India kuno, Mahabaharata dan Ramayana yang dipercayai ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu, menceritakan tercetusnya satu kejadian besar pada zaman purba yang benar-benar membuatkan pembaca khususnya penyelidik terpaku kebingungan.

Meneliti baris demi baris dalam cerita panjang yang ditulis pada dua epik berbahasa Sanskrit itu membuatkan penyelidik tertanya-tanya akan kebenarannya dan sehingga kini peristiwa yang terkandung dalam setiap ayat yang tertera pada epik itu masih kekal misteri.Benarkah perang nuklear sudah tercetus pada zaman India kuno, ribuan tahun lalu? Persoalan itu mendorong kalangan penyelidik untuk mencari logik di sebalik cerita yang ditulis menerusi epik berkenaan.
Malah, tatkala meneliti ayat yang menyatakan peperangan itu turut membabitkan pesawat canggih dan digambarkan seperti jet pejuang dan piring terbang pada masa kini, penyelidik semakin terpinga-pinga kehairanan.Epik terbabit ditulis kira-kira 3,500 tahun lalu atau pada 1,500 Sebelum Masihi (SM) tetapi peristiwa peperangan yang tercatat di dalamnya dikatakan berlaku lebih lama iaitu 5,000 tahun lalu.Mengikut logik akal, keadaan di bumi ketika itu masih terlalu kuno serta jauh daripada perkembangan sains dan teknologi. Pesawat dan jet pejuang yang mampu menembak misil masih belum dicipta ketika itu, apatah lagi teknologi bom nuklear.
Sekiranya berlaku peperangan ketika itu, ia seharusnya membabitkan senjata tradisional seperti pedang, tombak dan panah saja.Paling dahsyat pun peperangan itu, ia akan kelihatan seperti filem ‘300’ yang mengisahkan peperangan pahlawan Sparta menentang Parsi tetapi era Sparta wujud sekitar 500 SM sedangkan peperangan India Kuno itu dikatakan berlaku lebih lama iaitu lebih 3,500 SM.
Begitulah gambarannya mengikut logik akal tetapi penulis epik terbabit menggambarkan seolah-olah peperangan India kuno yang berlaku itu membabitkan senjata nuklear malah serangan turut membabitkan pesawat yang mampu menembak peluru berpandu.Lebih membingungkan penyelidik, penulis terbabit menggambarkan keadaan itu bagaikan dia melihat sendiri kewujudan kapal terbang terbabit serta mengalami sendiri betapa dahsyatnya kesan letupan bom paling bahaya itu.Epik Mahabharata dan Ramayana mengisahkan konflik yang tercetus antara dua sepupu iaitu Kurawa dan Pandawa yang hidup di tepi Sungai Gangga.

Perjalanan epik itu juga turut menceritakan dua peperangan hebat yang berlaku antara kerajaan Alengka dan Astina, ketika itu.Perang kali pertama dicatatkan seperti berikut (terjemahan): “Bahawa Arjuna yang gagah berani, duduk dalam Vimana (kenderaan udara mirip pesawat) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa (mungkin tembakan atau peluru berpandu) yang dapat menimbulkan sekali gus melepaskan nyala api yang kuat ke atas wilayah musuh.

Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.“Dalam sekelip mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk di atas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gelita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mula bertiup disertai dengan debu pasir, burung bercicit panik, seolah-olah langit runtuh, bumi merekah.“Matahari bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang, di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kontang; ikan, udang dan lainnya semuanya mati.“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat askar musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”
Gambaran pada perang kali kedua lebih memeningkan penyelidik lebih-lebih lagi menerusi terjemahan berikut: “Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang cepat, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota pihak musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.“Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan. Bulu rambut dan kuku terbakar menggelupas, perkakas tanah liat retak, burung yang terbang terbakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, askar terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya.”
Selesai membaca dan mengkaji epik berkenaan, penyelidik mula menjelajahi bumi India bagi mencari kepastian terhadap cerita yang tertulis itu. Mereka mula menyusuri sepanjang Sungai Gangga bagi mencari kemungkinan adanya tinggalan arkeologi peperangan itu. Hasilnya amat memeranjatkan penyelidik. Ekspedisi itu menemukan ahli arkeologi dengan banyak kesan runtuhan yang memiliki kesan hangus terbakar di hulu Sungai Gangga. Batu besar pada runtuhan itu terlekat menjadi satu, permukaannya pula menonjol, cengkung dan tidak rata. Kajian saintifik mendapati proses untuk meleburkan batuan berkenaan memerlukan suhu tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Dengan kata lain, bara api biasa tidak mampu mencapai suhu setinggi itu dan hanya ledakan nuklear saja mampu mencapai suhu demikian.
Di dalam hutan primitif di pedalaman India pula, penyelidik menemui lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh serta tinggalan yang ditemui menjadi seakan kristal dan kaca.Dalam kebingungan diselubungi enigma, penyelidik berpendapat yang mungkin pada lebih 5,000 tahun lalu sudah wujud suatu peradaban di India yang terlalu futuristik dan maju sehingga mampu membina pesawat perang dan senjata nuklear.Akan tetapi atas sebab tertentu atau mungkin juga akibat perang nuklear terbabit, peradaban maju India kuno itu lenyap bersama teknologi dan rahsia sains yang dikuasai mereka, sehingga manusia mula menyangka yang dunia purba adalah mundur dan primitif.




INFO: Peperangan India kuno

# Dikatakan membabitkan bom atom, nuklear, pesawat dan senjata laser.
# Gambaran teknologi yang wujud pada zaman India kuno itu hampir menyerupai gambaran kemajuan sains dan teknologi yang dicapai Atlantis, yang diceritakan ahli falsafah Greek iaitu Plato dalam teks ‘Timaeus and Critias’.
# Ada pihak percaya Kerajaan India kuno itu berperang dengan Atlantis.
# Di kota kuno India, Scotland, Perancis, Turki dan beberapa tempat lain, ditemui batu-bata dan batuan yang berubah bentuk dan ia hanya mungkin berlaku akibat suhu tinggi hasil ledakan bom atom atau nuklear. Selain India, kesan peperangan menggunakan senjata nuklear itu turut dijumpai di Babilon kuno, gurun Sahara di Afrika dan guru Gobi di Mongolia.
# Reaktor nuklear berusia dua juta tahun pernah dijumpai di Oklo, Afrika Selatan.
# Di kota besar Rishi di Mohenjodaro (Pakistan), ahli arkeologi pada akhir abad lalu pernah menemui kerangka yang bergelimpangan di jalan, ada yang berpegangan tangan seolah-olah mereka dilanda malapetaka yang amat dahsyat secara tiba-tiba. Pada kerangka itu ada kesan sisa radioaktif yang tinggi, sama dengan yang dijumpai di Hiroshima dan Nagasaki.
# Ada kajian mendapati pesawat yang digunakan pada peperangan itu berbentuk piring terbang dan ia dikaitkan dengan penemuan UFO pada masa kini.







Sumber : Brite Harian OnlineOleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Rahsia Sebenar Zombie


PADA SATU HARI dalam tahun 1980, Angelina Narcisse sedang membeli barang di l'Estere, Haiti apabila satu suara membisikkan ke dalam telinganya nama timangan abangnya, Clairvius, yang mati pada 2 Mei 1962 akibat demam teruk, dan dikebumikan pada hari seterusnya di tanah perkuburan di utara l'Estere. Nama timangan ini sepatutnya hanya diketahui oleh ahli keluarga terdekat dan tidak pernah digunakan lagi sejak zaman kanak-kanak mereka, oleh itu Angelina berasa sangat terkejut.Tetapi dia lebih terperanjat apabila dia berpaling ke belakang - dan melihat Clairvius sendiri!
Selepas pulih dari kejutannya, Angelina dapat mengesahkan bahawa lelaki itu adalah sebenar-benarnya Clairvius, abangnya yang dikatakan sudah mati. Ini disahkan juga oleh anggota keluarga dan lain-lain penduduk l'Estere setelah Clairvius mampu menjawab banyak soalan dan menceritakan kembali tentang kehidupannya dahulu di kalangan mereka. Clairvius menjadi terkenal serta-merta apabila dia mendedahkan bahawa dia telah menjadi seorang zombie. Lebih penting lagi, dia dapat menceritakan bagaimana ia berlaku, dan kehidupannya sebagai mayat hidup.
Hollywood memaparkan gambaran seterotaip zombie yang dikenali manusia seluruh dunia; orang yang telah mati yang dibangkitkan dari kuburnya untuk menjadi hamba kepada tuannya. Kepercayaan terhadap zombie begitu meluas di kawasan di mana voodoo mempunyai pengaruh kuat, salah-satunya di Haiti, sebuah negara kecil Karibean. Apabila seseorang itu meninggal dunia, kaum keluarganya akan melakukan apa saja untuk meletakkan batu-batu berat di atas kubur supaya mayat tidak dicuri oleh bokor - bomoh voodoo. Seorang bokor akan memberikan bahan campuran khusus, dipercayai dadah-dadah tertentu, kepada seorang zombie supaya zombie itu kekal sebagai hambanya.
Zombie boleh makan, bernafas dan bergerak, tetapi mereka tidak mampu berfikir sendiri dan mengenang kembali apa-apa tentang diri mereka atau keadaan hidup mereka di waktu silam. Terdapat banyak kes zombifikasi yang disahkan, diselidiki oleh ramai pengkaji terkemuka di dunia Barat, dan kes Clairvius hanyalah satu daripadanya.
Wade Davis, seorang ahli biologi Amerika yang pernah bersama Harvard Botanical Museum telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti identiti bahan-bahan yang digunakan dalam proses zombifikasi. Dia yakin bahawa beberapa komponen tertentu memainkan peranan terbesar.Satu daripadanya adalah tetrodotoxin, satu racun saraf yang mengakibatkan lumpuh seluruh badan secara pantas, sering diperolehi dari ikan buntal. Seorang bokor yang mahu menukar mangsanya kepada zombie akan memberikan mangsa itu bahan ini, menyebabkan tanda-tanda demam yang seterusnya mengakibatkan keadaan terpukau seolah-olah sudah mati.
Dalam keadaan ini, mangsa itu sedar sepenuhnya tetapi lumpuh. Kulitnya sepucat mayat sementara denyutan jantungnya hampir tidak dapat dikesan. Walaupun diperiksa oleh doktor, mangsa itu dengan pantas akan diisytiharkan telah mati. Jelaslah ini adalah apa yang berlaku ke atas Clairvius, di mana dia dipercayai telah mati akibat demam.Yang kedua adalah sejenis cecair yang mengandungi hallucinogen, suatu pelali kuat yang dirembeskan oleh kelenjar pada kulit katak beracun Bufo marinus.Manakala untuk membangkitkan semula mangsa yang telah "mati" itu, datura yang diperolehi dari apa yang digelar "timun zombie" (Datura stramonium, juga dikenali sebagai thorn apple dan rumput jimson) digunakan. Datura menyebabkan khayalan, kekeliruan mental, disorientasi, amnesia (hilang ingatan) dan keadaan separuh sedar yang sukar ditembusi, kesemuanya ciri-ciri biasa zombie. Datura perlu diberikan kepada zombie terus-menerus supaya dia kekal sebagai zombie.
Namun, biarpun zombie itu tidak lagi menerima datura, mereka jarang memperoleh semula keadaan mental seperti biasa. Jika dibiarkan di dalam keranda buat satu tempoh masa secukupnya sebelum dikeluarkan, mangsa itu akan mengalami kekurangan oksigen dan mengakibatkan kerosakan otak yang tidak boleh dirawat.
Dalam kes Clairvius, dia mengatakan bokornya telah mati dan tiada siapa yang memberikannya dadah, oleh itu bekalannya langsung terhenti. Dia mampu kembali ke keadaan sebenarnya mungkin kerana tidak dibiarkan secukup lama di dalam kerandanya untuk mengakibatkan kerosakan otak.
Satu lagi misteri paranormal yang diselesaikan oleh sains. Mungkin. Dan mungkin juga, di kalangan kita terdapat ramai zombie, sama ada mereka kelihatan seperti zombie atau tidak!

Rahsia Senibina Piramid


PIRAMID-PIRAMID MESIR PURBA menakjubkan sesiapa saja yang memandang. Ia adalah struktur-struktur yang masih wujud di kalangan Tujuh Keajaiban Dunia, mengharungi ribuan tahun dipenuhi cuaca padang pasir yang ganas dan kerja tangan manusia. Hakikat bahawa ia masih berdiri juga adalah satu misteri, memandangkan kawasan sekitarnya adalah zon gempa bumi dan banyak binaan telah tumbang sejak piramid-piramid Giza selesai didirikan dahulu.

Ramai orang mendakwa mereka telah bertemu dengan apa yang dipanggil "kuasa piramid", dengan meletakkan objek-objek tertentu di bawah model skala Piramid Agung Giza (piramid Firaun Khufu, atau Cheops). Model piramid itu seharusnya dilaraskan supaya setiap sisinya menghadap empat mata angin utama - Utara, Timur, Selatan dan Barat. Objek itu pula harus diletakkan di bawah satu pelantar untuk meninggikannya kepada tahap satu pertiga dari ketinggian piramid itu. Selepas beberapa lama, keajaiban-keajaiban mula berlaku.

Pada tahun 1959, satu patent telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Patent Czech kepada Karl Drbal, seorang jurutera radio, untuk satu "alat bagi mengekalkan ketajaman pisau cukur dan alat pencukur". "Alat" itu adalah satu model skala 1:1000 Piramid Agung, diorientasikan dengan betul. Beliau meletakkan di bawah piramid itu - pada kedudukan satu pertiga dari ketinggian piramid - pisau-pisau cukur, yang mana paksi terpanjangnya menganjur dari Utara ke Selatan. Beliau menemui bahawa pisau-pisau itu kekal tajam walaupun selepas 50 kali bercukur. Ini membuatkan beliau memohon untuk mendapatkan patent tersebut.

Para piramidologis - mereka yang mengkaji sifat-sifat piramid - mengatakan terdapat penumpuan tenaga dan medan magnetik di dalam piramid. Kajian terbaru menunjukkan bahawa sememangnya terdapat satu penumpuan kecil medan magnetik di dalam sebuah model skala piramid, diorientasikan dengan betul terhadap mata angin. Kita sedia maklum bahawa medan magnet memberikan kesan terhadap kehidupan di bumi - jerung berkepala tukul, sebagai contoh, bergantung kepada medan magnetik semula jadi di dasar lautan untuk memandu arah pergerakan mereka. Mungkin penumpuan tenaga dan medan ini menghasilkan perubahan dalam sifat-sifat objek yang diletakkan di bawah piramid, tetapi kenapa ia berlaku di dalam piramid yang memiliki ukuran yang betul dan diorientasikan dengan tepat - soalan ini masih belum terjawab sepenuhnya. Banyak eksperimen turut gagal membuktikan kewujudkan "kuasa piramid".Walau bagaimanapun, ramai orang secara tidak sedar mula mempercayai bahawa piramid boleh membawa kebaikan kepada mereka. Dapatkah anda perhatikan bahawa banyak bangunan pencakar langit baru-baru ini memiliki puncak berbentuk piramid? Trend baru dalam senibina, atau pendekatan mistik ke arah kesempurnaan?



Fail-X: Sebenarnya melalui pengkajian yang mendalam terhadap piramid, para pengkaji memang mengakui bahawa bentuk piramid mampu menghasilkan tenaga yang boleh membawa banyak kebaikkan. Makanan yang diletakkan di bawah piramid lebih tahan lama dan tumbuhan yang berada didalam piramid lebih subur. Ada sesetengah orang yang mereka piramid sendiri dan bermeditasi di dalam piramid tersebut. Dikatakan hasil dari meditasi di dalam piramid itu membawa banyak kebaikkan kepada orang tersebut.Sebenarnya kelebihan sebuah piramid itu bukan terletak pada permukaan bentuk piramid, tetapi ketepatan sudutnya. Jika anda mereka sebuah piramid tetapi mempunyai sudut yang tidak tepat, hasilnya pasti menghampakan. Piramid sebenarnya adalah salah satu bentuk geometri dari banyak bentuk geometri lain yang diaktakan ajaib. Jenis bentuk geometri ini dipanggil sebagai 'sacred geometry'. Semua 'sacred geometry mempunyai suatu persamaan iaitu suatu ukuran sudut yang sama iaitu Phi 1.168 (Golden ratio). Jika anda berminat mengetahui tentang 'sacred geometry' ini, anda bolehlah cari di mana-mana enjin carian dengan menaip "sacred geomery".

Teknik Mengubah Saiz Jari Anda!


Tahukah anda bahawa anda berupaya melakukan perubahan pada fizikal anda dengan hanya menggunakan kuasa imaginasi anda? Ya, hanya dengan kuasa imaginasi oleh minda, anda berupaya mengubah struktur fizikal anda. Teknik yang kami akan dedahkan ini sangatlah jarang diketahui umum. Dengan teknik ini, anda akan dapat membuatkan rakan anda teruja!Ingat, ini bukan trik atau ilusi semata-mata. Perubahan yang anda alami adalah perubahan yang sebenar. Kami di Fail-X, telah menemui satu teknik di mana anda dapat mengubah saiz jari anda, panjang dan pendek! OK, caranya seperti di bawah:





1. Mula-mula buatkan kedua-dua telapak tangan anda seperti gambar di atas dan pastikan kedua-duanya 'symmetrical','balance' ataupun dengan kata lain, sama. Ingat, sepanjang aktiviti ini, kedua telapak tangan anda haruslah dalam keadaan ini.



2. Ada sesetengah orang mempunyai dua jari tengah yang berbeza saiznya, sama ada jari tangan kiri lebih panjang dari jari tangan kanan ataupun sebaliknya. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah bandingkan jari tengah tangan kanan atau kiri anda yang manakah lebih panjang. Jika kedua-dua jari tengah anda sama panjang, anda tidak perlu risau. Teknik ini tetap akan berhasil. Mari ke langkah berikutnya.



3. Bagi anda yang mempunyai jari tengah tangan kiri atau kanan yang lebih panjang, apa yang anda perlu lakukan ialah ARAHkan jari tengah anda yang panjang itu supaya sama atau lebih kecil dari jari tengah anda yang satu lagi. Ataupun, arahkan jari tengah anda yang lebih kecil supaya menjadi lebih panjang atau sama saiznya dengan jari tengah anda yang satu lagi. Bagi yang mempunyai saiz jari tengah yang sama, anda boleh arahkan mana-mana jari tengah anda supaya menjadi panjang ataupun pendek dari yang satu lagi. Anda boleh memberi arahan dengan cara berkata "panjang.. panjang.." atau "pendek... pendeklah" ataupun dengan hanya berimaginasi, dengan membayangkan jari tengah anda menjadi panjang atau pendek.


Itulah saja kaedahnya. Mudah, bukan? Jika anda melakukannya dengan betul, anda dapat perhatikan bahawa jari tengah anda betul-betul menjadi panjang atau pendek sesuai dengan kehendak anda. Jika anda tidak percaya bahawa saiz jari anda telah berubah, ukurlah jari anda sebelum anda melakukan teknik ini. Kami sudah mengukur jari kami menggunakan pembaris dan ternyata ianya benar!

• Jangan bimbang dengan perubahan ini. Jari anda akan kembali bersaiz normal seperti sedia kala.