This blog is all about mystery, paranormal, sighting, ghost, interesting discovery, history and so much more. Written in Malay and English, I've been targeting and dedicating this blog to everybody who has the ability to digest the content and open his or her mind to all possibilities. Many of the topics presented might seems illogical and unscientific to be precise. Remember, science is based on logic and logic is acquired by mankind from his limited knowledge and experiences. Holding the premise that logic could help us to survive, it could also lead our life astray. The thing is, logic is pure in its own right but the only problem we have now with logic is, we don't have suffice knowledge to distinguish between what is logic and what is not. Remember, the idea of airplane seems irrational and illogical in 6th century but now, you know it's highly logical and rational.

So... Please Open Your Mind....

Thursday, May 22, 2008

Boriska - Budak Dari Marikh

Artikel ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Boriska yang mengakui bahawa dirinya berasal dari Marikh. Namun dia dilahirkan dibumi dan baru berusia 7 tahun. Pendapat mengatakan bahawa mungkin pada kehidupan yang lalu (past life) Boriska mungkin benar-benar penduduk dari Marikh dan ia diakui sendiri oleh Boriska yang berusia 7 tahun itu.

Keistimewaan Boriska diketahui apabila dia yang menyertai satu ekspedisi telah menceritakan tentang Marikh, angkasa lepas, tamadun Lemuria dan lain-lain kepada anggota ekspedisi yang lain di malam hari ketika mereka semua sedang berehat di perkhemahan mereka. Sekumpulan anggota ekspedisi yang berasa teruja dengan keistimewaan Boriska telah melawat rumahnya untuk menemubual ibubapa Boriska dan Boriska sendiri.

Ketika ditemubual, Boriska mampu menceritakan pelbagai kisah yang menakjubkan seolah-olah dia sendiri mengalami peristiwa yang diceritakannya. Boriska menceritakan bagaimana Marikh mempunyai penduduk yang mempunyai tamadun yang maju suatu masa dulu. Oleh kerana Marikh ditimpa suatu bencana, semua penduduknya kini tinggal di bawah tanah (underground). Dia juga menceritakan bahawa ketika di Marikh, dia selalalu melawat ke bumi untuk tujuan perdagangan, penyelidikan dan juga untuk bertemu dengan kawannya, seseorang dari tamadun Lemuria.

Tamadun Lemuria adalah tamadun purba yang dipercayai mempunyai peradaban yang sangat maju. Apa yang menakjubkan ialah Boriska mampu menceritakan perihal tamadun Lemuria dengan terperinci yang mana ia tidak mampu dilakukan oleh para pakar dan saintis. Bukan itu sahaja, kewujudan tamadun Lemuria pun sehingga kini masih belum dapat disahihkan sepenuhnya oleh mereka. Ternyatalah, pemikiran Boriska mampu menandingi pemikiran para pakar dan saintis. Boriska mengatakan orang-orang Lemuria mempunyai ketinggian sebanyak 9meter. Kemusnahan tamadun Lemuria juga dikatakan disebabkan oleh penduduknya yang sudah tidak mementingkan aspek spiritualiti (kerohanian) mereka.


Ketika bercerita mengenai tamadun Lemuria, Boriska memberitahu bahawa dia mempunyai seorang rakan di sana dan rakannya terbunuh di hadapan matanya sendiri. Ketika itu, satu bencana telah melanda bumi. Satu benua yang besar telah tenggelam akibat bencana itu. Dalam pada itu, satu batu besar telah jatuh dan mengenai satu bangunan. Akibat dari itu, rakannya telah terbunuh. Boriska mengatakan dia tidak dapat menyelamatkan rakannya. Apa yang menakjubkan ialah Boriska menceritakan segala peristiwa itu seolah-olah ianya baru berlaku semalam.


Memang susah jika kita mahu mengatakan bahawa Boriska yang berusia baru 7 tahun itu hanya mereka-reka cerita. Banyak lagi yang diceritakan oleh Boriska. Bahan dan alat yang digunakan untuk membuat UFO, kehidupan di Marikh, tamadun Lemuria dan sebagainya.

Artikel ini hanyalah sekadar rumusan. Banyak lagi fakta menarik yang diceritakan sekiranya and membaca sendiri artikel yang asal. Ia boleh didapati di:






Project Camelot Menemubual Boriska


0 comments: