This blog is all about mystery, paranormal, sighting, ghost, interesting discovery, history and so much more. Written in Malay and English, I've been targeting and dedicating this blog to everybody who has the ability to digest the content and open his or her mind to all possibilities. Many of the topics presented might seems illogical and unscientific to be precise. Remember, science is based on logic and logic is acquired by mankind from his limited knowledge and experiences. Holding the premise that logic could help us to survive, it could also lead our life astray. The thing is, logic is pure in its own right but the only problem we have now with logic is, we don't have suffice knowledge to distinguish between what is logic and what is not. Remember, the idea of airplane seems irrational and illogical in 6th century but now, you know it's highly logical and rational.

So... Please Open Your Mind....

Wednesday, May 21, 2008

Teknik Mengubah Saiz Jari Anda!


Tahukah anda bahawa anda berupaya melakukan perubahan pada fizikal anda dengan hanya menggunakan kuasa imaginasi anda? Ya, hanya dengan kuasa imaginasi oleh minda, anda berupaya mengubah struktur fizikal anda. Teknik yang kami akan dedahkan ini sangatlah jarang diketahui umum. Dengan teknik ini, anda akan dapat membuatkan rakan anda teruja!Ingat, ini bukan trik atau ilusi semata-mata. Perubahan yang anda alami adalah perubahan yang sebenar. Kami di Fail-X, telah menemui satu teknik di mana anda dapat mengubah saiz jari anda, panjang dan pendek! OK, caranya seperti di bawah:





1. Mula-mula buatkan kedua-dua telapak tangan anda seperti gambar di atas dan pastikan kedua-duanya 'symmetrical','balance' ataupun dengan kata lain, sama. Ingat, sepanjang aktiviti ini, kedua telapak tangan anda haruslah dalam keadaan ini.



2. Ada sesetengah orang mempunyai dua jari tengah yang berbeza saiznya, sama ada jari tangan kiri lebih panjang dari jari tangan kanan ataupun sebaliknya. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah bandingkan jari tengah tangan kanan atau kiri anda yang manakah lebih panjang. Jika kedua-dua jari tengah anda sama panjang, anda tidak perlu risau. Teknik ini tetap akan berhasil. Mari ke langkah berikutnya.



3. Bagi anda yang mempunyai jari tengah tangan kiri atau kanan yang lebih panjang, apa yang anda perlu lakukan ialah ARAHkan jari tengah anda yang panjang itu supaya sama atau lebih kecil dari jari tengah anda yang satu lagi. Ataupun, arahkan jari tengah anda yang lebih kecil supaya menjadi lebih panjang atau sama saiznya dengan jari tengah anda yang satu lagi. Bagi yang mempunyai saiz jari tengah yang sama, anda boleh arahkan mana-mana jari tengah anda supaya menjadi panjang ataupun pendek dari yang satu lagi. Anda boleh memberi arahan dengan cara berkata "panjang.. panjang.." atau "pendek... pendeklah" ataupun dengan hanya berimaginasi, dengan membayangkan jari tengah anda menjadi panjang atau pendek.


Itulah saja kaedahnya. Mudah, bukan? Jika anda melakukannya dengan betul, anda dapat perhatikan bahawa jari tengah anda betul-betul menjadi panjang atau pendek sesuai dengan kehendak anda. Jika anda tidak percaya bahawa saiz jari anda telah berubah, ukurlah jari anda sebelum anda melakukan teknik ini. Kami sudah mengukur jari kami menggunakan pembaris dan ternyata ianya benar!

• Jangan bimbang dengan perubahan ini. Jari anda akan kembali bersaiz normal seperti sedia kala.

0 comments: