This blog is all about mystery, paranormal, sighting, ghost, interesting discovery, history and so much more. Written in Malay and English, I've been targeting and dedicating this blog to everybody who has the ability to digest the content and open his or her mind to all possibilities. Many of the topics presented might seems illogical and unscientific to be precise. Remember, science is based on logic and logic is acquired by mankind from his limited knowledge and experiences. Holding the premise that logic could help us to survive, it could also lead our life astray. The thing is, logic is pure in its own right but the only problem we have now with logic is, we don't have suffice knowledge to distinguish between what is logic and what is not. Remember, the idea of airplane seems irrational and illogical in 6th century but now, you know it's highly logical and rational.

So... Please Open Your Mind....

Wednesday, May 21, 2008

Teori Baru Bumi


Mungkin selama ini kita disajikan dengan teori di mana kita di ajar bahawa bumi mempunyai beberapa lapisan yang terdiri dari tiga lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras bumi. Namun, tahukah anda bahawa teori atau idea ini mungkin SATU KESILAPAN? Sekiranya memang benar idea tersebut salah, jadi bagaimana keadaan perut bumi yang sebenarnya??

Menurut pendapat yang lain, memang benar bumi mempunyai lapisan, tetapi tidak memenuhi isi bumi. Dengan kata lain, bumi sebenarya mempunyai ruang kosong (hollow) di dalamnya dan berada di tengah-tengah bumi adalah matahari. Berikut adalah gambarannya:




Di bawah kita semua iaitu di dalam bumi ini juga dipercayai terdapat hidupan yang terdiri daripada manusia dan haiwan. Mengenai jenis hidupan ini, ramai yang memberikan pendapat yang berbeza. Menurut catatan mereka yang pernah secara tidak sengaja sampai ke tempat tersebut (dunia bawah bumi/inner earth), mereka ada yang terdiri dari makhluk yang kerdil. Selain itu, dipercayai juga bahawa UFO juga berpangkalan di bawah bumi. Mungkin ia adalah kenderaan bagi manusia bawah bumi. Dengan keupayaan teknologi mereka yang dikatakan 2000 tahun kehadapan dari kita yang berada di atas bumi, tidak mustahil bagi mereka untuk menghasilkan teknologi UFO.

Jalan masuk ke dunia bawah bumi ini dikatakan terdapat di kutub utara dan kutub selatan dan satelit berjaya mengesan lokasi tersebut. Malahan, fenomena alam seperti aurora (cahaya bewarna-warni yang ‘bermain-main dilangit di malam hari) yang hanya berlaku di kawasan berdekatan dengan kutub utara dan selatan juga dikatakan bukan berpunca dari cahaya matahari, tetapi sebenarnya berpunca dari cahaya matahari bawah bumi yang melalui pembukaan laluan ke dunia bawah bumi. Maksudnya, sumber cahaya aurora itu bukan datang dari matahari atas (di angkasa), tetapi matahari bawah (bawah bumi).

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, taip saja “hollow earth” di enjin carian internet.


*Baca kisah Olaf Jansen mengenai pengalamannya di dunia bawah bumi:smokygod.blogspot.com

0 comments: